Sindiket judi dalam talian yang mengaut keuntungan lebih RM1 juta sehari di Bandar Parklands, Klang tumpas selepas diserbu polis, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sindiket yang berpangkalan di China itu menjadikan aplikasi Wechat sebagai platform menarik pelanggan.
Source