[ JENAYAH MINGGU INI ]

Untung puluhan juta ringgit sehari membuatkan sindiket perjudian atas talian ini ligat berpindah-pindah markasnya untuk elak dikesan pihak berkuasa..

Biarpun rata rata mangsa mereka berpusat di China… Mereka sanggup menyewa di banglo mewah dekat negara ini.

Taktik basi seperti menyewa di kediaman mewah seperti banglo dan kondominium itu tertumpas lagi.

Terbaru.. sebuah banglo dua tingkat terletak di Taman Hill View, ampang berjaya digempur polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor siang tadi.

Sindiket ini beroperasi sejak dua bulan lalu dengan mengiklankan beberapa laman web dan mencari pelanggan melalui
aplikasi media sosial Wechat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Mohamad Abd Hamid berkata, Ops Dadu bermula kira-kira jam 9.30 pagi berjaya menahan seramai 26 warga China termasuk empat wanita berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun dipercayai pekerja untuk sindiket berkenaan.

Sejumlah 329 unit telefon bimbit, tiga buah komputer riba dan sebuah set komputer.

Mohamad berkata, pelanggan yang berminat dengan tawaran sindiket ini akan berkomunikasi semula melalui teks.

Selepas pelanggan terbabit bersetuju, sindiket akan menyerahkan kod QR serta nombor akaun bagi membolehkan pengaksesan permainan tersebut.

Polis percaya sindiket ini mampu mengaut pertaruhan sekurang-kurangnya RM48 juta sehari, malah dipercayai juga bahawa pekerja terbabit dibayar gaji kira-kira RM3,500 sebulan.

Siasatan dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

#MKLCRIMEDESK #JudiOnline
__

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source