SNOOKER DAN JUDI ONLINE

DUA DALAM SATU..
SEBUAH PREMIS DI JADIKAN PUSAT SNOOKER DI SEBELAH SIANG, MANAKALA PADA WAKTU MALAM PREMIS INI BERTUKAR WAJAH MENJADI MARKAS PERJUDIAN ONLINE.

MODUS OPERANDINYA PULA MENGGUNAKAN PINTU BELAKANG PREMIS SEBAGAI PINTU MASUK UTAMA KAKI JUDI.

MALAH PREMIS TERBABIT TURUT DI LENGKAPI LEBIH EMPAT BUAH KAMERA LITAR TERTUTUP CCTV DI DALAM DAN LUAR PREMIS.

BAGAIMANAPUN, TAKTIK PREMIS YANG BARU SEMINGGU BEROPERASI TANPA LESEN INI BERJAYA DIHIDU PIHAK BERKUASA, HASIL DARIPADA MATLUMAT AWAM DAN RISIKAN POLIS.

SEPASUKAN POLIS DARI BAHAGIAN PERJUDIAN, MAKSIAT DAN KONGSI GELAP D7 IPK SELANGOR DI BANTU PASUKAN SAMA DARI IPD SERDANG MENYERBU PREMIS BERKENAAN KIRA-KIRA JAM 11 MALAM.

MENURUT KETUA OPERASI, DSP IZWAN ABD KARIM PIHAKNYA BERJAYA MASUK KE DALAM PREMIS TERBABIT SETELAH MELAKUKAN PENYAMARAN SEBAGAI PELANGGAN.

HASILNYA, 26 BUAH MESIN KOMPUTER JUDI ONLINE JENIS BUAH DAN ROLEX DI RAMPAS.

SEORANG LELAKI SABAH BERUMUR 26 TAHUN YANG BEKERJA SEBAGAI PENJAGA PREMIS DI TAHAN BAGI MEMBANTU SIASATAN.

SEMUA MESIN JUDI INI KEMUDIANNYA DIBAWA KE IPD SERDANG SEMENTARA KES INI AKAN DI SIASAT MENGIKUT SEKSYEN 4 B (a) AKTA RUMAH JUDI TERBUKA 1953.

Source