[ JENAYAH MINGGU INI ]

Kegiatan satu sindiket perjudian atas talian didalangi warga china yang menginap di 2 buah banglo mewah 3 tingkat dekat taman melawati terbongkar.

Ia selepas penahanan 23 individu warga tembok besar itu termasuk dua wanita berusia 20 hingga 30 an.

Dalam serbuan Ops Dadu jam 1.30 petang yang dilakukan sepasukan polis dari oleh Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu berhasil atas aduan awam sejak 2 minggu lepas.

Pegawai Turus D7 Selangor, DSP Mohd Khaizam berkata.. Sindiket judi online ini berperanan sebagai markas pemasaran atau pusat pancing pelanggan.

Mereka mensasarkan mangsa dari China.

Sindiket itu juga didapati menawarkan pakej pautan judi dalam talian dari luar negara kepada pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas dan menerusi iklan di laman media sosial yang dihantar secara rawak.

Pekerja pula digajikan dengan harga 3 ribu ringgit sebulan tanpa keluar dari premis.

Penjaga memilih taman perumahan mewah sebagai taktik untuk elak dikesan pihak berkuasa.

Semakan imigresen pula mendapati pekerja sindiket tinggal lebih masa.

Dalam serbuan itu.. 10 set komputer riba 10 set komputer dan 85 buah telefon bimbit dirampas.

Polis masih menyiasat jika mereka direkrut.

Kes Seksyen 4(1)(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

#MKLCRIMEDESK #JUDIONLINE
__

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source